SK JELAWAT, 16370 BACHOK, KELANTAN DARUL NAIM
Tenaga Pendidik sk Jelawat Slideshow: SK’s trip from Kelantan, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

UNIT KOKURIKULUM


MOTO UNIT KOKURIKULUM

Berlatih dengan sengoti, main bersungguh, pasti SKJ juara.


VISI UNIT KOKURIKULUM
Menjadikan Unit Kokurikulum S.K Jelawat sebagai pemangkin kearah pembinaan sahsiah diri murid dan warga S.K Jelawat untuk menjana kegemilangan sukan, bakat kepimpinan dan perkembangan mental selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara bagi melahirkan insan yang berketerampilan dan mempunyai jati diri yang teguh.


 MISI UNIT KOKURIKULUM
Berdaya maju dan bekerja bersama dalam
pembangunan dan kecemerlangan sukan dan aktiviti kokurikulum SK Jelawat sebagai teras pegangan dalam merealisasikan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara. 


 PIAGAM PELANGGAN UNIT KOKURIKULUM

Ø      Mempelbagaikan gerak kerja kokurikulum dengan tujuan membuka peluang kepada semua pelajar.

Ø      Melibatkan semua pelajar dari pelbagai latar belakang.

Ø      Melibatkan pelajar dan sekolah dengan khidmat masyarakat.

Ø      Merancang dengan teliti dan memberi tumpuan kpd matlamat yang dituju.

Ø      Menilai dan merekod gerak kerja yang dijalankan.

Ø      Mengadakan pertandingan dan penilaian secara berterusan.

Ø      Memberi penghargaan dari masa ke semasa.



 FOKUS 2012 UNIT KOKURIKULUM

v     Menjuarai permainan peringkat Negeri – Bola Baling
    ( P ), Bola Jaring dan Hoki ( L ).

v     Melahirkan peserta olahraga, Bola Baling, Bola Jaring dan  Hoki ( L ) mewakili negeri Kelantan di peringkat MSSM.

v     Menjuarai acara Ko- Akademik peringkat Negeri ( Nasyid )

v     Perancangan berkesan untuk sukan Sukan Elit SKJ – Bola Baling ( P ) Hoki ( L ) dan Bola Jaring.

v     Menubuhkan pasukan pelapis yang mantap dan mendapat pendedahan serta latihan secukupnya.

v     Mewakili peringkat PPD bagi pakaian seragam dan kelab.



MATLAMAT UNIT KOKURIKULUM
Memastikan gerak kerja kokurikulum yang dijalankan haruslah mencapai :-

v     Perseimbangan antara perkembangan mental dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani pelajar selaras dengan tuntutan Falsafah \Pendidikan Negara.

v     Pemupukan dan peningkatan minat, bakat dan kemahiran pelajar dalam gerak kerja yang diceburi.

v     Pengisian masa lapang yang berfaedah dan mewujudkan kesejahteraan, kegembiraan serta pembinaan kesihatan.

v     Peningkatan disiplin dan sahsiah diri melalui pemupukan nilai dan sikap yang positif.

v     Peningkatan suasana sekolah yang lebih kondusif dan menarik bagi setiap kegiatan kokurikulum.

v     Peningkatan penglibatan dan kerjasama serta sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat sekitarnya.














Kakitangan Sokongan Skj Slideshow: SK’s trip to Malaysia was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.