SK JELAWAT, 16370 BACHOK, KELANTAN DARUL NAIM
Tenaga Pendidik sk Jelawat Slideshow: SK’s trip from Kelantan, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

PROFIL & SEJARAH SKJ

PROFIL SEK KEB JELAWAT

Nama dan Alamat               : SEKOLAH KEBANGSAAN JELAWAT,          
   16370 JELAWAT, BACHOK, KELANTAN.

Nama Guru Besar               : TN.  HJ MAT LUDIN BIN HASSAN

No. Telefon/Fax sek            : 09 – 7787301 / 09-7788370 (fax)

Email sekolah                      : skjelawatdba0012@gmail.com

Gred Sekolah                       : Gred A

Sesi Persekolahan                 : 1 Sesi ( pagi sahaja )

Jarak dari PPD                     : 3 KILOMETER

Lokasi                                 : KAWASAN PEKAN





SEJARAH SEK KEB JELAWAT

     Dengan inisiatif Dato Lela Jasa Gunong, Sekolah Kebangsaan Jelawat telah ditubuhkan pada tahun 1924 dengan nama Sekolah Melayu Jelawat di atas tapak yang berhampiran dengan Kedai Jelawat. Sekolah ini pertama kali dipindahkan ke Pohon Telecheh, kemudian ke Cabang Tiga Bator dan dipindahkan semula ke Kedai Jelawat. .Pada tahun 1954, sekolah ini mendapat tapak yang kekal sehingga sekarang.

    Pada awal penubuhannya, Sekolah Melayu Jelawat mempunyai 50 orang murid dan 2 orang guru dibawah pengurusan En. Nik Man b. Nik Mat selaku guru besar. Nama sekolah diubah kepada Sekolah Umum Jelawat dan akhir sekali kepada Sekolah Kebangsaan Jelawat selaras dengan perubahan Dasar Pendidikan Negara. Sekolah ini telah dibuka dengan rasminya oleh Duli Yang Amat Mulia Tengku Mahkota Kelantan pada 27 Februari 1958. Bilangan murid telah bertambah daripada setahun ke setahun sehingga kini seramai 1140 orang.

     Pertambahan murid menyebabkan sekolah ini kekurangan bilik darjah. Pada tahun 1958, 2 blok bangunan mengandungi 10 bilik darjah telah dibina. Namun
demikian, ianya masih belum mencukupi kerana masalah perkongsian antara sekolah menengah  dan sekolah rendah. Oleh itu persekolahan 2 sessi pagi dan petang terpaksa diadakan. Pada tahun 1976 atas daya usaha Tuan Hj. Sarkhan b. Abdul Rahman selaku guru besar sekolah dan ahli jawatan kuasa PIBG telah mendirikan sebuah lagi bangunan sekolah daripada kayu mengandungi beberapa bilik darjah untuk menampung murid-murid supaya semuanya dapat belajar di waktu pagi. Bangunan gotong royong ini tidak menarik pihak Nazir Sekolah-sekolah Persekutuan dan juga pihak Jabatan Pelajaran Negeri. Akhirnya bangunan ini telah dirobohkan. Pada tahun 1989 telah didirikan pula 2 blok bangunan 2 tingkat dengan kemudahan Pusat Sumber menjadikan sekolah ini mempunyai 33 buah bilik darjah semuanya.

      Pada tahun 1992 sekolah ini mendapat kemudahan padang permainan yang lebih selesa apabila tapak sekolah diperluaskan. Padang permainan asal yang semakin sempit dijadikan taman dan sebahagian lagi dijadikan Dataran Perhimpunan. Pada tahun 1995 sekolah ini dipilih sebagai sekolah  Projek Program Penanaman Pokok Oleh Kanak-kanak Sekolah ( CFP ) oleh OISCA Jepun- KADA untuk mengindahkan alam sekitar sekolah.

     Di antara murid tua sekolah ini yang terkenal ialah Dato’ Nik Jaafar b. Nik Salleh ( Bekas Pegawai SUK ), Dato’ Nik Mohamad b. Nik Yahya ( Hakim Mahkamah Tinggi ), Dato’ Hj Ismail b. Hassan ( Bekas SUK ), Hj. Wan Mohamad b. Wan Ibrahim ( Pegawai Kanan STMB ) dan Prof. Dr. Mansor b.  Jusoh   ( Pensyarah UKM ), Nor Hisyham b. Hassan ( Pegawai Eksikutif Petronas – Libya), Hj. Abd Aziz b. Abdullah ( Pegawai PPD Bachok ) dan ramai lagi.

     Sejak penubuhan Sekolah Kebangsaan Jelawat, beberapa orang Guru Besar telah berkhidmat untuk mentadbir sekolah ini. Antaranya ialah :-

SENARAI GURU BESAR SK JELAWAT

BIL
NAMA
TAHUN BERKHIDMAT
1
En Nik Man b. Nik Mat
1929
2
Hj Mohd Zain b. Hassan
-
3
Hj Awang
-
4
Tuan Hj Sarkhan b. Abdullah
1976 - 1979
5
Abdullah b. Sulaiman
1980 - 1982
6
Tengku Jaafar b. Tengku Omar
1983 - 1986
7
Hj Rashid b. Mohamad
1987 - 1988
8
Hj. Yusoff b . Hassan
1989 - 1991
9
Hj Fauzi b. Omar 
1992 - 1993
10
Ibrahim b . Ismail
1994 - 2000
11
Hjh Noriah bt. Mat Yamin
2001 - 2006
12
Tuan Hj Mat Ludin b. Hassan
Julai 2007 HINGGA SEKARANG




PIAGAM SEK KEB JELAWAT


  • Semua murid mendapat Pendidikan yang adil dan menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

  • Memberi Pendidikan yang menyeluruh ke arah kecemerlangan akademik  (3 M ) dan pembangunan insan dengan penerapan nilai-nilai murni/  
insaniah.

  • Membimbing murid-murid ke arah pembentukan masyarakat yang seimbang, penyayang,  berketerampilan dan berdaya maju.

  • Mewujudkan satu suasana persekitaran yang aman,  tenteram dan selesa untuk semua.

  • Mengambil tindakan susulan yang segera dan sebaik mungkin terhadap sebarang masalah.

  • Memberi perkhidmatan dan layanan terbaik yang bersesuaian dengan masyarakat dan agensi-agensi lain.





MOTO SEK KEB JELAWAT


Guru Bersatu, Sekolah Cemerlang
Guru Berinovasi, Pelajar Gemilang.









DASAR KUALITI
SEK KEB JELAWAT


Sekolah Kebangsaan  Jelawat Beriltizam merealisasikan pengurusan
Pendidikan yang berkualiti dan bersepadu di peringkat sekolah,
Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri
bagi mencapai kecemerlangan Pendidikan




MATLAMAT
SEK KEB JELAWAT

Berhasrat agar sekolah ;

  • Mengamalkan pengurusan bersepadu dan berstrategi.

  • Meningkatkan pencapaian kecemerlangan pelajar dalam akademik dan kokurikulum.

  • Berjaya melahirkan murid yang mampu menguasi pelbagai kemahiran

  • Mampu melahirkan murid yang seimbang dari segi sahsiah intelek rohani dan jasmani sesuai dengan wawasan negara.

  • Dapat menyemai dan memupuk semangat patriotisme dan citakan negara.

  • Berhasrat menjadikan sekolah suatu persekitiran yang bersih selesa dan selamat sesuai dengan hasrat “sekolahku rumahku, guruku ibu bapaku”.


PENGURUSAN ialah melakukan sesuatu perkara DENGAN BETUL manakala KEPIMPINAN ialah melakukan sesuatu perkara YANG BETUL.
(Management is doing THINGS RIGHT; leader ship is doing RIGHT THINGS)

Kakitangan Sokongan Skj Slideshow: SK’s trip to Malaysia was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.