SK JELAWAT, 16370 BACHOK, KELANTAN DARUL NAIM
Tenaga Pendidik sk Jelawat Slideshow: SK’s trip from Kelantan, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

Wednesday, October 2, 2013

Demonstrasi Kebakaran





TARIKH
02 Oktober 2013
MASA
10.30 – 12 tengahari
SASARAN
Murid Tahun 6
         Unit Bimbingan dan Kaunseling  SK Jelawat,  dengan kerjasama Ahli jawatankuasa 3K ( KESELAMATAN, KEBERSIHAN dan KECERIAAN) serta guru guru tahun 6 telah mengadakan satu Program Demonstrasi Kebakaran. Seramai tujuh orang anggota bomba telah turun padang untuk memberikan penerangan dan tunjuk cara yang betul berkaitan cara-cara menggunakan alat pemadam api yang betul kepada warga SK Jelawat.
         Program  telah dimulakan jam 10.30 pagi di Dewan Terbuka dengan ucapan daripada wakil Penolong Pegawai Bomba Cawangan Bachok. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas jemputan pihak sekolah dan memberikan taklimat, pesanan dan ingatan yang berguna terutama berkaitan aspek keselamatan di sekolah. Beliau juga member panduan dan tips-tips yang berguna kepada pihak sekolah bagaimana mengindari bahaya kebakaran dan cara bagaimana menanganinya dengan betul. Program  pada petang itu diteruskan dengan ucapan daripada Tuan Guru Besar iaitu  Tuan Hj Mat Ludin bin Hassan menyampaikan ucapan beliau dan seterusnya merasmikan program.
         Jam 11.00 pagi program diteruskan dengan demonstrasi kebakaran dan cara-cara yang betul menggunakan alat pemadam api dan cara-cara bagaimana memadamkan api dengan berkesan di padang sekolah. Beberapa orang murid dan guru secara sukarela telah mencuba dan menggunakan peluang ini untuk memadamkan api setelah ditunjukkan terlebih dahulu oleh anggota bomba tersebut.
         Seterusnya,murid-murid telah berpeluang melihat secara dekat jentera bomba yang dibawa khas dan dipamerkan untuk tontonan murid-murid. Pelbagai alatan dan kemudahan memadamkan kebakaran dapat dilihat  dan diketahui bukan sahaja oleh murid-murid malahan guru-guru juga berpeluang menyaksikan peralatan-peralatan memadamkan kebakaran.Murid-murid juga dibenarkan menaiki jentera bomba dan merasi suasana di dalam kenderaan tersebut.
         Akhir sekali, program ditamatkan dengan penyerahan cenderahati daripada pihak sekolah oleh  Tuan Hj Mat Ludin bin Hassan  kepada wakil pihak bomba. Program tamat pada pukul 12 tengahari.
Kakitangan Sokongan Skj Slideshow: SK’s trip to Malaysia was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.