SK JELAWAT, 16370 BACHOK, KELANTAN DARUL NAIM
Tenaga Pendidik sk Jelawat Slideshow: SK’s trip from Kelantan, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

Thursday, April 26, 2012

.::Sambutan Minggu Anti Dadah 2012::.



Pada hari ini, Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Jelawat dengan jayanya telah mengadakan Minggu Anti Dadah peringkat sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah:

  • Pertandingan melukis dan mewarna bagi murid TAHAP 2
  • Pertandingan mewarna bagi murid TAHAP 1
  • Ceramah Kesedaran Anti Dadah bagi murid TAHUN 5 dan TAHUN 6
  • Pameran

Tuesday, April 24, 2012

.::LAWATAN KERJA Y.A.B TIMBALAN PERDANA MENTERI (24 APRIL 2012)




Warga Sekolah Kebangsaan Jelawat dengan gelombang merah menyambut ketibaan Y.A.B Timbalan Perdana Menteri ke Pekan Jelawat. Tepat jam 8.30, guru-guru berarak; berjalan kaki beramai-ramai bersama Guru Besar SK Jelawat; Tn. Hj. Mat Ludin bin Hassan ke Pekan Jelawat. Foto-foto boleh dilihat di link  http://ourgallery-skjelawat.blogspot.com/2012/04/lawatan-kerja-yab-timbalan-perdana.html ataupun terus mengakses Album Sekolah. Alhamdulillah.

Monday, April 16, 2012

UBB 2 2012


UBB 2 bermula!
Murid Tahun 3, 4, 5 dan 6 SK Jelawat diharapkan beroleh kejayaan cemerlang pada peperiksaan kali ini.

Ingatlah laungan keramat kita:

"SKJ..."------>" JUARA!!!"
"Apa yang kita mahu...?"------> 5A!!!
"



Friday, April 13, 2012

.::KEM BESTARI SOLAT SIRI 1 2012::.


Kem Bestari Solat Siri 1 melibatkan murid-murid Tahun 1 & Tahun 2 berlangsung pada Hari Ahad, Isnin dan Selasa bermula jam 1.10 hingga 5.00 petang. Penglibatan murid amat memuaskan. Alhamdulillah, Thank you, Allah! Foto aktiviti akan diupload insyaAllah.

Thursday, April 12, 2012

.::MTQ dan Festival Nasyid Peringkat Negeri 2012::.



Setelah meraih Johan dalam pertandingan nasyid peringkat Zon dan PPD Bachok, Kumpulan Nasyid Nurul Iman akhirnya membuat persiapan terakhir untuk beradu suara dan persembahan mereka (peringkat negeri) di SK Chiku, Gua Musang pada malam Hari Jumaat, 13/04/12. InsyaAllah, berkat usaha dan doa, mudah-mudahan dipermudahkan Allah...



.::Gerak Gempur UPSR 2012!::.

Murid-murid Tahun 6 yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini sedang menjalani Gerak Gempur yang merangkumi kesemua lima subjek UPSR. 5A bakal menjadi milik anda! 5A bakal berada dalam genggaman. Ayuh berusaha!
Kakitangan Sokongan Skj Slideshow: SK’s trip to Malaysia was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.