SK JELAWAT, 16370 BACHOK, KELANTAN DARUL NAIM
Tenaga Pendidik sk Jelawat Slideshow: SK’s trip from Kelantan, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

PEND. KHAS SKJ




PROFIL UNIT PENDIDIKAN KHAS


       KOD SEKOLAH                        : DBA 0012
       NAMA PROGRAM                    : PROG PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
             BERMASALAH PEMBELAJARAN
       MULA DITUBUHKAN               : MEI 2008
       BILANGAN GURU                    : 6 ORANG
       BILANGAN PPM                       : 2 ORANG
       BILANGAN KELAS                  : 5 KELAS
       BILANGAN MURID                  : 33 ORANG

KATEGORI MURID

      MASALAH PEMBELAJARAN : 33 ORANG
      MASALAH PENDENGARAN  :           -
      MASALAH PENGLIHATAN    :           -






JAWATANKUASA INDUK

UNIT PEND KHAS
  

PENASIHAT             :           HJ.MAT LUDIN B. HASSAN
   (Guru Besar)

PENGERUSI            :           EN NOORAZMAN BIN ZAWAWI
                                                (PK  Pendidikan Khas)

SETIAUSAHA          :           PN HASLIN EZRIANI BT HAMZAH
                                                (Guru Penyelaras)

AHLI                           :           PN NOOR AINI BT PARLAN
                                                (Guru Pendidikan Khas)

                                                :           PN ZUNAIDAH BT MOHAMED
                                                            (Guru Pendidikan Khas)

                                                :           PN NORHALIZA BT ABDUL RAHMAN
                                                            (Guru Pendidikan Khas)

                                                :           EN AMIR ABDUL HAKIM B AHMED
                                                            (GSTT - KDC)
                                      
:          PN HATIPAH BT ZAKARIA
                                                            (Pembantu Pengurusan Murid)

                                                :           PN MAZLIZA BT MAT HARON
                                                            (Pembantu Pengurusan Murid)
           


Program Pendidikan Khas di Sekolah Kebangsaan Jelawat adalah Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP). Program ini bermula pada 15hb Mei 2008 untuk kanak- kanak bermasalah pembelajaran. Pada awalnya, program ini telah dikendalikan oleh 4 orang guru yang diberi kursus orientasi mengenai program pendidikan khas dan dibantu oleh 2 orang Pembantu Pengurusan Murid ( PPM ).
  1. Pn Haslin Ezriani bt Hj Hamzah (GST/ Penyelaras PKBP)
  2. En Mohd Rasnila b. Awang Seman ( GST)
  3. Cik  Nor Haliza bt. Ab Rahman (GSTT)
  4. Pn Zunaidah bt Mohamad (GST)
  5. Pn. Mazliza bt. Mat Harun ( PPM )
  6. Pn. Hatipah bt. Zakaria ( PPM )

Kelas PKBP ini bermula dengan hanya tiga orang murid sahaja. Walaubagaimanapun bilangannya terus meningkat, hasil daripada maklumat yang disampaikan oleh semua pihak terutamanya pihak sekolah. Kesedaran yang mendalam di kalangan ibu bapa dan penjaga insan istimewa ini telah menambahkan bilangan murid di sekolah ini daripada tiga orang murid kepada 20 orang murid. Bilangan ini dijangka akan meningkat dari semasa ke semasa. Mengikut pemerhatian, bilangan insan istimewa di daerah ini melebihi angka tersebut. Tetapi disebabkan oleh masalah keluarga, masalah pengangkutan dan sebagainya, maka ramailah bilangan insan istimewa yang masih tercicir dan ketinggalan.
Pada penghujung tahun 2009, bilangan murid berdaftar dalam program ini telah meningkat kepada 43 orang. Mereka telah dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu Kumpulan 1 hingga 4 dimana setiap kumpulan terdiri daripada tujuh hingga sepuluh orang murid. Untuk proses P&P yang lebih berkesan, bermula tahun 2011,  bilangan kelas telah bertambah menjadi 5 kelas, iaitu 1 Zamrud, 2 Baiduri, 3 Delima, 4 Nilam, dan 5 Mutiara.Pada pertengahan bulan Jun tahun 2011, Pendidikan Khas SK Jelawat telah menerima kedatangan seorang Penolong Kanan baru iaitu En NoorAzman Bin Zawawi.Kini, bilangan guru pendidikan khas telah bertambah kepada 6 orang. Pada pertengahan bulan Ogos 2011 pula, pendidikan khas telah menerima kedatangan 3 orang guru sandaran tidak terlatih (GSTT) iaitu Pn Norizan Bt Mohd Yusoff, Pn Hazaniah Bt Hamzah, dan Cik Wan Nur Raifana Bt Wan Razuli bagi meringankan beban tugas guru pendidikan khas yang sedia ada.
Pada 23 November 2011 kami warga PPKI telah dikejutkan dengan kejadiaan yang menyedihkan iaitu pelajar kelas 4 Nilam Mohammad Ariff Hukmi bin Ruslan telah meninggal dunia akibat mati lemas.Pada tahun hadapan seramai 9 orang murid akan memasuki sekolah menengah di SMK Bachok.Bilangan murid kami berkurangan menjadi 33 orang murid.
Program Pendidikan Khas di sekolah ini masih lagi memerlukan tenaga pengajar yang ramai dan berpengalaman agar proses P&P berjalan dengan lancar dan berkesan. Semoga dengan kehadiran lebih ramai guru- guru pendidikan khas dan juga pembantu pengurusan murid ke sekolah ini akan dapat meningkatkan lagi tahap keberkesanan Pendidikan Khas di kelas ini melalui idea-idea baru yang bakal disumbangkan.

Sukatan pelajaran Program Pendidikan Khas dibahagikan kepada beberapa bidang tertentu yang merangkumi 14 mata pelajaran atau komponen seperti:
*      Pengurusan diri
*      Kemahiran Manipulatif
*      Pengurusan Tingkah Lakuu
*      Kemahiran Hidup
*      Bahasa Melayu
*      Matematik
*      Bahasa Inggeris
*      Multimedia
*      Pendidikan Agama Islam
*      Pendidikan Moral
*      Pendidikan Jasmani
*      Pendidikan Seni
*      Pendidikan Muzik
*      Sains Sosial dan Alam Sekitar.

Walaubagaimanapun komponen- komponen ini boleh diubahsuai bergantung kepada keperluan sesebuah sekolah. Ini kerana murid- murid berkeperluan khas memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel, menarik, berfokus dan bersesuaian dengan keupayaan serta kebolehan mereka. Ini menunjukkan aktiviti- aktiviti pembelajaran boleh di bentuk mengikut keperluan murid yang berbeza berpabdukan pemilihan pengalaman pembelajaran melalui bidang yang telah ditetapkan.


FALSAFAH UNIT PEND KHAS

Pendidikan khas di malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berkeupayaan, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan falsafah pendidikan negara.

VISI UNIT PEND KHAS
  
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid- murid dengan keperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat falsafah pendidikan negara.


MISI UNIT PEND KHAS
Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid- murid dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya daalm hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.

MOTO UNIT PEND KHAS

INSAN ISTIMEWA KEBANGGAAN BERSAMA


MATLAMAT UNIT PEND KHAS
Bertujuan untuk melengkapkan kanak- kanak dengan keperluan khas dengan kemahiran- kemahiran tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek- aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, nilai- nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.

Kakitangan Sokongan Skj Slideshow: SK’s trip to Malaysia was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.