Friday, October 25, 2013
Wednesday, October 2, 2013
Demonstrasi Kebakaran
TARIKH
02 Oktober 2013
MASA
10.30 – 12 tengahari
SASARAN
Murid Tahun 6
Unit
Bimbingan dan Kaunseling SK Jelawat, dengan kerjasama Ahli jawatankuasa 3K ( KESELAMATAN,
KEBERSIHAN dan KECERIAAN) serta guru guru tahun 6 telah
mengadakan satu Program Demonstrasi Kebakaran. Seramai
tujuh orang anggota bomba telah turun padang untuk memberikan penerangan dan
tunjuk cara yang betul berkaitan cara-cara menggunakan alat pemadam api yang
betul kepada warga SK Jelawat.
Program
telah dimulakan jam 10.30 pagi di Dewan Terbuka dengan ucapan daripada wakil
Penolong Pegawai Bomba Cawangan Bachok. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas jemputan
pihak sekolah dan memberikan taklimat, pesanan dan ingatan yang berguna
terutama berkaitan aspek keselamatan di sekolah. Beliau juga member panduan dan
tips-tips yang berguna kepada pihak sekolah bagaimana mengindari bahaya
kebakaran dan cara bagaimana menanganinya dengan betul. Program pada petang itu diteruskan dengan ucapan
daripada Tuan Guru Besar iaitu Tuan Hj Mat Ludin bin Hassan menyampaikan ucapan beliau dan
seterusnya merasmikan program.
Jam 11.00 pagi program diteruskan
dengan demonstrasi kebakaran dan cara-cara yang betul menggunakan alat pemadam
api dan cara-cara bagaimana memadamkan api dengan berkesan di padang sekolah.
Beberapa orang murid dan guru secara sukarela telah mencuba dan menggunakan
peluang ini untuk memadamkan api setelah ditunjukkan terlebih dahulu oleh
anggota bomba tersebut.
Seterusnya,murid-murid telah berpeluang
melihat secara dekat jentera bomba yang dibawa khas dan dipamerkan untuk
tontonan murid-murid. Pelbagai alatan dan kemudahan memadamkan kebakaran dapat
dilihat dan diketahui bukan sahaja oleh
murid-murid malahan guru-guru juga berpeluang menyaksikan peralatan-peralatan
memadamkan kebakaran.Murid-murid juga dibenarkan menaiki jentera bomba dan
merasi suasana di dalam kenderaan tersebut.
Akhir sekali, program ditamatkan dengan
penyerahan cenderahati daripada pihak sekolah oleh Tuan Hj Mat Ludin bin Hassan kepada wakil pihak bomba. Program
tamat pada pukul 12 tengahari.
Subscribe to:
Posts (Atom)